Cara hidup Penan

Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.

  • Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.


Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.